Friday, 2 October 2015

Mr Ceo itu ,siapa punya?



Assalamualaikum w.b.t
Hai korang,entry ni khas nak kongsikan karya saya yang tak seberapa .Selamat membaca :-) ngee-nge

BAB 1

‘Yahoo aku dah gradute,’bersungguh-sungguh aku belajar syukur alhamdullilah dapat juga aku habiskan walaupun agak payah .Alahai maklumlah rindu dengan keluarga dekat tanah air.Rindu kat mama,abah,kak ci,momoi ,atul,putra adui tak habis kalau nak disebut satu-satu hehe yelah keluarga aku kan ramai jadi bila dah rindu sangat kat dorang semua tak focus la aku belajar.Dalam gembira aku sedih juga yelah  keluarga aku tak dapat tengok  masa aku konvokesyen hari tu + sedih sebab nak tinggalkan kengkawan aku kat bumi Rusia ni,Mary ngan Jijoy.Tapi nak buat macam manakan keluarga aku bukannya kaya nak bayar tiket kapal terbang yang beribu-ribu harganya tu lainlah aku ni anak Datuk or anak orang kaya.
Aku sibuk mengemas pakaian esok jam lapan pagi flight aku .Tak sabar rasanya nak menjejakkan kaki aku ke bumi Malaysia setelah setahun lebih aku tinggalkan tanah air.Aku sebenarnya bukannaya ambik first degree,aku ambik master kat sini jadi tak lama la aku tinggal kat sini.Huhu sedihnya hati ni macam tak nak pergipun ada juga.Grrrr tensionnya dulu tak sabar sangat nak balik Malaysia sekarang kenapa pula jadi macam ni?mmmm tak ada jawapan.
Siap mengemas pakaian ,aku buka galeri gambar kat telefon .Saja nak buat drama air mata la ni!leleh wei.Satu-persatu gambar aku ngan kengkawan aku tengok entah bila la lagi aku nak jumpa dorang yelah Malaysia ngan Rusia bukannya dekat jaraknya kalau Malaysia ngan Singapore tak pe la  juga dekat siap boleh bawa kereta lagi dan aku tertidur lepas tu ngantuk sangat.
‘‘Syukur alhamdullilah,’’aku melafaz syukur setelah sampai ke KLIA yelah dah menempuh berjam perjalanan sampai juga aku akhirnya dengan selamat ke tanah air yang tercinta.Aku sebenarnya fobia sikit nak naik kapal terbang ni maklumlah kejadian tragis yang menimpa kapal terbang Mas MH 370 ngan MH 17 tu takut mati hehe tapikan kalau bila di fikir betul-betul kat mana-manapun boleh mati bukan takat kat  kapal terbang je time kita tengah makanpun boleh mati betul tak? Tapi aku gagahi juga kaki ni naik kapal terbang,yelah kalau tak naik kapal terbang nak naik apa lagi? Belon? Tak mungkin la wei.
 Aku melangkah dengan laju mencari kelibat kawan aku si Syifa.Mata aku melilau-lilau mencari kelibat si Syifa tapi bayangpun tak ada tapi mata aku tersinggah pula kat satu mamat yang handsome gila! Badan dia bukan main tough lagi muka putih bersih,tinggi pula tu mak ai berkarisma + macho tapi macam modelpun ada juga kalau la jadi husband aku tu untungnya badan hehe.Sempat lagi aku berangan.
‘Hoi sudah-sudahlah berangan tu,aku tahu apa yang kau tengok. Ingatkan bila dah tinggal kat Negara orang, BERUBAH rupanya still sama juga kau ni’’ Syifa menepuk bahu aku dengan kuat  dia memandang ke arah yang sama sikit lagi aku nak jatuh.Kalau jatuh malu wei! Tak pasal-pasal aku buat drama pula kat sini.Kalau buat drama tu kena bayar tak pa la juga ini malu yang dapat.
‘Ui Sharif Dol yang kau TTS (Tempur tanpa senjata) aku tu kenapa? kalau aku jatuh macam mana? Eiii kau ni sengal betullah! Kau pun sama juga tak berubah-ubah makin keras adalah.Aku tak faham la kenapa kau boleh jadi nurse.Inilah faktor kenapa kau ni tak ada yang berkenan.Keras macam batu!’’ Aku menghambur marahku dekat Syifa hehe bukan marah sangatpun marah-marah sayang je bukan aku tak biasa dengan perangai si Syifa yang brutal tu.
Si syifa ni sebenarnya kawan aku masa kat sekolah menengah lagi.Aku ngan dia kawan masa kita orang lower 6 sebab masa tu kita orang satu kelas.Aku,Yana,Ika,ngan Dilla panggil si Syifa ni Sharif Dol apa taknya dia ni perasaan hebat sikit-sikit nak TTS orang.Itu yang malas tu ngan dia ni tapi entah macam mana aku ngan dia ni sampai sekarang masih kawan mungkin kami ni ada keserasian kot.Serasilah sangat!ataupun sebab aku ngan dia je  yang masih membujang trang tang tang sampai sekarang.Kawan-kawan aku yang lain semua dah berumah tangga .
‘‘Amboi cantiknya muka kau ni miss Qizzandra Nasuha,apa kaitan pula pekerjaan aku dengan perwatakan aku yang brutal ni? Ingat sikit,kau tu pun tak ada yang  berkenan juga,yalah cita rasa  tinggi sangat sikit-sikit nak  yyang handsome, tinggi,nak yang putih melepak lepas tu nak pula yang berjawatan CEO,mana kau nak jumpa lelaki macam tu! Dalam novel yang kau baca adalah.’’Syifa membalas dengan gaya mak-mak dia tu.
Eiii si Syifa ni bercakap macam dah ada yang berkenan kat dia je! Malas aku nak layan si Syifa ni pula.aku berjalan keluar daripada lapangan terbang dengan menarik luggage aku dengan pantas. Saja nak buat si Syifa keluar peluh mesti dia kejar aku kan kalau aku jalan laju ui na pintar pula otak aku hari ni.hehe
Bila dah keluar dari lapangan terbang baru pula aku terfikir mana pula si Syifa ni parking kereta.Si Syifa ni pun macam siput berjalan! lambat sangat.Setelah beberapa saat berdiri aku rasa macam ada orang berdiri kat sebelah aku.Mesti si Syifa ni,laju pula dia jalan baru je kutuk tadi sorry la miss Syifa terkutuk pula.Tak sengaja hehe! Aku bermonolog di dalam hati.
‘ Kau park kereta kat mana  Sharif? Jomlah balik aku tak sabar ni’’ Aku bercakap  ngan si Syifa tapikan bila aku toleh kat sebelah kanan mak ai aku bukannya cakap ngan si Syifa rupanya tapi ngan mamat handsome + macho tu!Betul atau mimpi ni?ada sesiapa boleh tolong jawab.Aku apa lagi terkejut beruk mata terbeliak,mulut dah ternganga dah ni rasanya lalat sepuluh ekorpun boleh masuk umpama je tu  hehe jantung aku rasanya dah nak tercopot ni .Keluar pula lagu Malunya nyanyian Ainan Tasneem feat Mark Adam dan Juszthin kat kepala.Apa tidak malu sangat.



Malunya mengapa begini jadinya
Terkedu aku memandangnya oooo
Malunya  mengapa begini jadinya
Aduh mama tolong ananda oooo

            ‘Awak cakap dengan saya? Si handsome + macho bercakap sambil tersenyum dekat aku.Senyumannya mak ai boleh maniskan makanan.Manis sangat.Handsomenya dia ni.Aku mula menilik penampilannya daripada atas ke bawah.Daripada  muka hingga kat kaki maklumlah tadi tengok dari jauh je! Muka putih bersih,bibir merah tanda tak merokok,rambut gaya fesyen terkini sangat stailista sesuai sangat dengan dia badan, Mmmm daripada jauh lagi aku nampak tough!korang rasa dari jarak dekat macam mana?fikir sendirilah.Pakaian Mmmm sempoi! baju polo berwarna merah,seluar jeans Levi’s berwarna biru gelap,betul-betul menyerlahkan ketampanannya.Kalau aku kahwin ngan mamat hensem macam ni,terngaga semua anak dara kat kampong aku tu.hahahaha…
            ‘‘Mmmm ya! ..Eh bukan…Aku mula tergagap-gagap.Apa dah jadi kat aku ni? Gelabah semacam pula eiii bukannya nak cakap ngan anak rajapun! Betul tak?.Zandra cuba menenangkan gelabahnya dengan menarik nafas secara perlahan-lahan dan dia mula menyusun kata.
            ‘Mmmm saya…saya…Syifa jom balik’’ Zandra pantas memanggil nama Syifa apabila dia terlihat kelibat rakannya itu dan dia berlalu meninggalkan si jejaka handsome + macho itu.Apabila Zandra berpaling jejaka itu masih  tidak berganjak daripada tempatnya dan memandang ke arah  Zandra Nasuha seolah-olah menginginkan penjelasan.
            ‘Siapa tu? Apasal dia tengok kau semacam je? Syifa memulakan sesi soal jawab semasa dia dan Zandra sedang berjalan  menuju ke tempat keretanya.
            ‘Mmmm entah aku tak kenal’’Padat dan ringkas ini adalah jawapan klise yang selalu digunakan oleh masyarakat Malaysia.Sebenarnya aku malas nak panjangkan cerita apa tidaknya kalau aku jawab itulah lelaki handsome + macho masa kat dalam airport tadi mesti si Sharif Dol nak mengorek cerita  lepas  tu keluarlah pula soalan maut yang boleh membunuh ! tak nak aku.Nasib je si Sharif Dol ni pelupa orangnya! Syukur ..Syukur..
            ‘Owh ingatkan kenal’’Syifa bercakap sambil tangannya menekan punat kekunci kereta lalu dia membuka bonet kereta Toyota rush birunya untuk memasukan luggage aku.Sesudah itu dia mula memanaskan enjin kereta.
            Aku apa lagi bila dah si Syifa masuk kat dalam kereta  aku pun masuk la juga maklumlah penat menempuh perjalanan jauh +  nak merasa keempukan kerusi kereta baru si Syifa ni hehe dan cerita pasal mamat handsome + macho tu pun berlalu macam angin je.
           

No comments:

Post a Comment