BAB
2
Genap dua bulan sudah
aku menjadi pensyarah kat salah sebuah Kolej Kesihatan di Bandaraya Kuala Lumpur.Tugas menjadi
pensyarah begitu berbeza dengan tugas aku yang dahulu kerena tugas ini memerlukan aku mempunyai kesabaran yang lebih tinggi.Mana tidaknya
aku perlu mengajar bukannya merawat orang
sakit seperti tugas ku dahulu.
Oleh kerana stress dengan kerja aku mengambil keputusan untuk bercuti selama dua hari
ditambah lagi cuti hujung minggu dua hari bermakna cuti aku semuanya empat
hari.Aku nak tenangkan fikiran banyak aktiviti dah aku rencanakan sepanjang bercuti.Aku
nak kemas rumah sewa ,nak beli barang dapur ,shopping baju kerja dan
macam-macam lagi lah! Tapi si Syifa a.k.a Syarif Dol ni pula yang ruinkan semua perancangan aku apa tak
nya dia pun bercuti juga katanya stress
kerja.Kalau setakat dia ambik cuti masa yang sama dengan aku taklah kisah
sangat,tapi masalahnya dia bawa aku bercuti kat Kelantan! Ada pa kat Kelantan
tu? Dah lah jauh bingung aku.Tapi oleh kerana dia satu-satunya kawan kat sini
memandangkan kawan yang lain ngan keluarga aku semua kat Sabah terpaksalah aku
ikut supaya dia tak kecil hati.
‘Akhirnya sampai juga.Aku ingat lima
tahun lagi kita sampai’’.Aku sengaja memerli Syifa apa tak nya dia memandu
macam kura-kura 60 km/j .Pelik bin benar dia ni ada ka patut dia cakap kalau
memandu jauh kena pandu lambat-lambat baru
ada terasa kick travel.Betul
ke benda tu? Memandai je dia ni!
‘Amboi mulut! aku cili karang baru
tahu macam mana rasa pedasnya cili’’ itu saja yang sempat dibalas oleh Syifa
maklumlah rushing nak pergi tunaikan
kewajipan dekat tuhan.Sampai je kat Kelantan terus Syifa mencari masjid yelah
masa Asar dah nak melabuhkan tirai dia hendak menunaikan solat Jamak Takhir la
tu. .Aku stay kat kereta sebab tengah bendera Jepun atau kalau kat sabah
kami panggil bendera Jepun ni ABC.Dulu
masa form one akupun tak tahu
maksud ABC yelah macam ais batu
campur je bunyinya! Tapi bila aku tanya kawan aku Dilla rupanya maksudnya Allah
bagi cuti.Mmmm padanpun jadi ABC.
‘‘Kita nak pergi mana lepas ni?.Qizzandra
Nasuha mula bertanya kepada Syifa apabila rakannya itu sudah memasuki kereta.
‘‘Mmmm kita cheak in hotel dululah, then baru decide nak pergi mana,penat
aku memandu ni nak patah dah belakang
ngan kaki aku ni. kita rehatla dulu ya’’Syifa menjawab pertanyaan aku dengan
mempamerkan muka penat tahap gabannya tu!
‘Ain nak beli ni? Aisy Aryyan menyuakan sehelai baju t-shirt
berwarna biru laut dengan tulisan I Love Kelantan kepada Quratul Ain.Dia mahu
membelikan gadis itu baju tersebut jika gadis itu berkenan.
‘‘Tak payahlah Aryyan,Ain tak
perlukan baju tu,lagipun Ain kan orang Kelantan kalau Ain nak bila-bila masapun
Ain boleh beli.Lebih baik Aryyan beli baju tu untuk Kimi yalah orang
jauhkan.Kalau tak beli macam rugi je pergi sini yalah manalah tahu ni yang
pertama dan terakhir awak pergi kat Kelantan ni.Betul tak? Quratul Ain berkata
kepada Aryyan sambil tersenyum manis.
‘‘Mmmm yalah cik Ain yang manis,saya
beli baju I Love Kelantan ni.Tapi saya tak setuju la awak cakap ni yang pertama
dan terakhir saya pergi kat Kelantan,cuz saya akan jadi menantu orang Kelantan
tau jadi amat mustahilah saya tak
menjejakkan kaki kat sini lagi.Aisy Aryyan menjawab kata-kata Quratul Ain
dengan nada merajuk.Alah merajuk sayang je tu!
Aisy Aryyan memanggil Quratul Ain
dengan panggilan Ain sahaja.Dia lebih gemar memanggil Ain berbanding Quratul
seperti kebanyakan kenalan buah hatinya itu memanggil gadis tersebut.Baginya
maksud Ain yang bermaksud cahaya benar-benar sesuai dengan gadis tersebut kerana gadis itu seolah-olah cahaya petunjuk
kepadanya.Gadis itulah yang telah menunjukkan cahaya kebenaran kepadanya yang
terpesong daripada landasan agama semasa menuntut pelajaran di luar Negara
dahulu.Gadis yang bertudung labuh itulah yang membantunya mencari jalan keluar
daripada terus tersesat dalam kehidupan duniawi sahaja.
‘Dan satu lagi saya bukan orang
jauhpun orang Kuala Lumpur je kot! Kalau orang Sabah atau orang luar Negara
barulah boleh dikatakan orang jauh.Betul tak sayang? Rayyan sengaja memanggil
Ain dengan panggilan sayang.Dia mahu melihat bagaimana reaksi gadis
tersebut,dan ternyata wajah gadis itu berona merah!.Dalam hati Rayyan sudah
berbunga riang dan hasratnya yang satu itu pasti akan dilaksanakan secepat
mungkin.
‘Jom kita pergi makan saya dah lapar
ni.Kita makan kat gerai dekat Pantai PCB tu sana makanannya sedap terutama fishball celup
tepung.Tapi jauh sikitlah dari sini kira-kira 10 km macam tu.Boleh tak?’’Ain
berkata begitu kepada Aryyan untuk menghilangkan rasa malunya kerana dipanggil
sayang oleh Aryyan.Quratul Ain sangat menyayangi leleki yang bernama Aryyan itu
tapi dia masih belum pasti lagi dengan perasaan lelaki itu kepadanya kerana
Aryyan tidak pernah meluahkan perasaan kepadanya.Lelaki itu suka memanggilnya
dengan panggilan sayang.Panggilan itu mampu membuat mukanya berona merah.Adakah
dengan panggilan manja sebegitu itu menunjukkan bahawa lelaki itu menyayanginya? Quratul Ain
bertanya kepada dirinya.
‘Mmmm ok lepas saya bayar baju
ni,kita pergi makan’’.Aryyan menunjukkan baju I Love Kelantan itu kepada
Quratul Ain lalu berlalu pergi untuk membayar baju tersebut.Dia juga membeli shawl yang bertulis PRAY FOR GAZA untuk
Quratul Ain tanpa diketahui oleh gadis tersebut.
Qizzandra Nasuha dan Syifa sepakat
mengambil keputusan untuk menginap di
Perdana Resort yang terletak berdekatan dengan Pantai Cahaya Bulan (PCB)
setelah menginap beberapa malam di salah sebuah hotel di Kota Bharu kerana
menurut kawan Syifa yang pernah menginap di situ mereka boleh melihat
pemandangan matahari terbenam dengan jelas.Sudah tentu mereka tidak ingin
melepaskan peluang itu.Selain boleh melihat pemandangan yang indah ,resort itu
juga berdekatan dengan Pantai Cahaya Bulan.Lokasinya itu memudahkan mereka
untuk pergi ke pantai tersebut.Syifa begitu kepingin untuk pergi ke Pantai
Cahaya Bulan kerana menurut teman sekerjanya yang pernah pergi ke situ Pantai
PCB tersangatlah cantik! Betul ke? No comment.
Ternyata Pantai PCB memang
tersangatlah cantik.Bukan indah khabar daripada rupa tau!.Pantai Cahaya Bulan
atau dahulunya dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi terletak kira-kira 10 km
daripada Kota Bharu dan di sepanjang jalan daripada Kota Bharu ke Pantai PCB ni
terdapat gerai-gerai yang menjual jagung
rebus.Kata orang Kelantan kalau hendak ke pantai mesti beli jagung rebus baru
terasa kepuasan ke pantai! Betul ke? Entahlah!.Tapi kami ikut juga apa kata
peniaga tu beli jagung rebus hahahaha dan apa yang uniknya tentang pantai PCB
ni pesisir pantainya sangat panjang.Memang sesuai sangatlah untuk aktiviti menguruskan
badan apa tidaknya apabila kita berjalan di pesisir Pantai PCB yang panjang tu
bukanya kita dah membakar kalori dalam badan ke? Betul ke teori ni? Memandai je
kau ni Zandra.
‘Wei kita pergi makan,aku dah lapar
ni’’Aku memegang perutku yang dah bernyanyi irama Malaysia padahal tadi semasa
berjalan di pesisir pantai aku makan jagung rebus,kenapalah cepat lapar ni?
‘Ok kita pergi makan akupun dah
lapar ni’’ Syifa membalas kata-kataku.
Tanpa melengah-lengahkan lagi masa
aku ngan Syifapun mencari gerai makan yang sesuai yang kedudukannya sangat strategik
di mana kami boleh melihat kawasan pantai sambil makan.Barulah terasa kick
makan! Betul tak? Dan kami memilih gerai yang paling hujung yang sangat
berdekatan dengan pantai kerana harga makanannya lebih murah dan
sedap.Maklumlah nak jimat bajet hahahaha.
Bila dah habis makan aku ngan si
Syifa ni pun nak berhasrat balik ke
resort yalah penat kan!Tengah-tengah best berjalan tiba-tiba si Syifa
berhenti.Macam traffic light tengah
merah tu! Cuma bezanya kami ni jalan kaki bukan naik kereta.Aku apa lagi
terikut berhenti juga lah.
‘‘Apasal?’’ Aku pandang muka Syifa.
‘Tu..tu tengok tu..’’Syifa menunjuk
ke satu arah.
Akupun pandanglah kat tempat yang si
Syifa tunjuk tu.Mak ai itu bukan mamat handsome + macho ke? Tapi siapa pula
perempuan kat sebelah dia tu? Isteri? .Pakai tudung labuh pulak tu! Kalah aku
apa taknya aku memang pakai tudung tapi taklah labuh.Mmmm kempunanlah aku nak
bersuamikan dia kalau macam ni.Macamlah mamat handsome+macho nak kat kau Zandra.
“Itu lelaki kat airport tu kan?dah
ada isteri rupanya.Aku ingat taste
dia yang perempuan yang pakai seksi-seksi, yang ala –ala model ke macam tu.Tak
sangkakan orang yang punyalah handsome taste
dia pakai tudung labuh.Ui baru aku tahu fakta ni.Tapi baguslah daripada dia
kahwin dengan perempuan tak cukup kainkan”Syifa berkata kepada aku.Tapi macam mana
si Syifa ni kuat ingatan eh sampai ingat pasal mamat kat airport tu?selalunya
tak.
“ Wei ,janganlah cakap itu isteri
dia.Frust aku tau tak.Baru je hati
aku ni nak tersangkut paut kat mamat tu.Tapikan macam mana kau boleh ingat
pasal mamat tu eh?sedangkan akupun dah hampir lupa pasal dia? Jangan cakap kau
minat kat dia juga.Aku tak boleh terima.”Aku berkata sambil jari telunjuk aku
bergerak ke kiri dan ke kanan
menunjukkan isyarat “no”,"no","no".Alah macam Jehan
muse selalu buat dalam diari AF tu.
“Uiks.kau
ni tak ada maknanya aku nak minat dia.
Dah ada isteri tu kot! Entah akupun tak tau macam mana aku boleh ingat kat dia”
“Jangan cakap itu isteri dialah tak
suka aku nak dengar.Bukan tu kawan je kot!kau tengok tu kalau itu isteri dia
mesti dia pegang tangan perempuan tu betul tak?”
“Qizz …Qizz malas aku nak layan kau ni.Terima la reality
Qizzandra bahawasanya lelaki handsome kat airport tu dah kahwin!”Dan Syifa
meninggalkan Qizzandra yang masih sibuk mengskodeng mamat handsome + macho tu!
“Eiii mana pula perginya my prince charming tu? Mata Qizzandra
melilau ke kiri dan kanan tapi matanya masih tidak dapat menjejaki figura
lelaki itu.Oleh kerana dia sudah kehilangan jejak lelaki tersebut Zandra
bercadang untuk balik ke Perdana Resort kerana pastinya Syifa sudah lama sampai
ke bilik mereka.
# post sambungan citer
# perasaan macam ada je nak baca..
#hahahaaaa
#Raisya Marcella
