Saturday, 31 October 2015

Mr Ceo itu, siapa punya ? Part 2


BAB 2

                        Genap dua bulan sudah aku menjadi pensyarah kat salah sebuah  Kolej Kesihatan  di Bandaraya Kuala Lumpur.Tugas menjadi pensyarah begitu berbeza dengan tugas aku yang dahulu kerena tugas ini  memerlukan aku mempunyai   kesabaran yang lebih tinggi.Mana tidaknya aku perlu mengajar bukannya merawat orang  sakit seperti tugas ku dahulu.
                        Oleh kerana stress dengan kerja aku mengambil  keputusan untuk bercuti selama dua hari ditambah lagi cuti hujung minggu dua hari bermakna cuti aku semuanya empat hari.Aku nak tenangkan fikiran banyak aktiviti dah aku rencanakan sepanjang bercuti.Aku nak kemas rumah sewa ,nak beli barang dapur ,shopping baju kerja dan macam-macam lagi lah! Tapi si Syifa a.k.a Syarif Dol ni pula yang ruinkan semua perancangan aku apa tak nya dia pun bercuti juga katanya stress kerja.Kalau setakat dia ambik cuti masa yang sama dengan aku taklah kisah sangat,tapi masalahnya dia bawa aku bercuti kat Kelantan! Ada pa kat Kelantan tu? Dah lah jauh bingung aku.Tapi oleh kerana dia satu-satunya kawan kat sini memandangkan kawan yang lain ngan keluarga aku semua kat Sabah terpaksalah aku ikut supaya dia tak kecil hati.
            ‘Akhirnya sampai juga.Aku ingat lima tahun lagi kita sampai’’.Aku sengaja memerli Syifa apa tak nya dia memandu macam kura-kura 60 km/j .Pelik bin benar dia ni ada ka patut dia cakap kalau memandu jauh kena pandu lambat-lambat baru  ada terasa kick travel.Betul ke benda tu? Memandai je dia ni!
            ‘Amboi mulut! aku cili karang baru tahu macam mana rasa pedasnya cili’’ itu saja yang sempat dibalas oleh Syifa maklumlah rushing nak pergi tunaikan kewajipan dekat tuhan.Sampai je kat Kelantan terus Syifa mencari masjid yelah masa Asar dah nak melabuhkan tirai dia hendak menunaikan solat Jamak Takhir la tu.  .Aku stay kat kereta sebab tengah bendera Jepun atau kalau kat sabah kami panggil bendera Jepun ni ABC.Dulu  masa form one akupun tak tahu maksud ABC           yelah macam ais batu campur je bunyinya! Tapi bila aku tanya kawan aku Dilla rupanya maksudnya Allah bagi cuti.Mmmm padanpun jadi ABC.
            ‘‘Kita nak pergi mana lepas ni?.Qizzandra Nasuha mula bertanya kepada Syifa apabila rakannya itu sudah memasuki kereta.
            ‘‘Mmmm kita cheak in hotel dululah, then baru decide nak pergi mana,penat aku  memandu ni nak patah dah belakang ngan kaki aku ni. kita rehatla dulu ya’’Syifa menjawab pertanyaan aku dengan mempamerkan muka penat tahap gabannya tu!
            ‘Ain nak beli ni?  Aisy Aryyan menyuakan sehelai baju t-shirt berwarna biru laut dengan tulisan I Love Kelantan kepada Quratul Ain.Dia mahu membelikan gadis itu baju tersebut jika gadis itu berkenan.
            ‘‘Tak payahlah Aryyan,Ain tak perlukan baju tu,lagipun Ain kan orang Kelantan kalau Ain nak bila-bila masapun Ain boleh beli.Lebih baik Aryyan beli baju tu untuk Kimi yalah orang jauhkan.Kalau tak beli macam rugi je pergi sini yalah manalah tahu ni yang pertama dan terakhir awak pergi kat Kelantan ni.Betul tak? Quratul Ain berkata kepada Aryyan sambil tersenyum manis.
            ‘‘Mmmm yalah cik Ain yang manis,saya beli baju I Love Kelantan ni.Tapi saya tak setuju la awak cakap ni yang pertama dan terakhir saya pergi kat Kelantan,cuz saya akan jadi menantu orang Kelantan tau jadi amat mustahilah  saya tak menjejakkan kaki kat sini lagi.Aisy Aryyan menjawab kata-kata Quratul Ain dengan nada merajuk.Alah merajuk sayang je tu!
            Aisy Aryyan memanggil Quratul Ain dengan panggilan Ain sahaja.Dia lebih gemar memanggil Ain berbanding Quratul seperti kebanyakan kenalan buah hatinya itu memanggil gadis tersebut.Baginya maksud Ain yang bermaksud cahaya benar-benar sesuai dengan gadis tersebut kerana  gadis itu seolah-olah cahaya petunjuk kepadanya.Gadis itulah yang telah menunjukkan cahaya kebenaran kepadanya yang terpesong daripada landasan agama semasa menuntut pelajaran di luar Negara dahulu.Gadis yang bertudung labuh itulah yang membantunya mencari jalan keluar daripada terus tersesat dalam kehidupan duniawi sahaja.
            ‘Dan satu lagi saya bukan orang jauhpun orang Kuala Lumpur je kot! Kalau orang Sabah atau orang luar Negara barulah boleh dikatakan orang jauh.Betul tak sayang? Rayyan sengaja memanggil Ain dengan panggilan sayang.Dia mahu melihat bagaimana reaksi gadis tersebut,dan ternyata wajah gadis itu berona merah!.Dalam hati Rayyan sudah berbunga riang dan hasratnya yang satu itu pasti akan dilaksanakan secepat mungkin.
            ‘Jom kita pergi makan saya dah lapar ni.Kita makan kat gerai dekat Pantai PCB tu sana  makanannya sedap terutama fishball celup tepung.Tapi jauh sikitlah dari sini kira-kira 10 km macam tu.Boleh tak?’’Ain berkata begitu kepada Aryyan untuk menghilangkan rasa malunya kerana dipanggil sayang oleh Aryyan.Quratul Ain sangat menyayangi leleki yang bernama Aryyan itu tapi dia masih belum pasti lagi dengan perasaan lelaki itu kepadanya kerana Aryyan tidak pernah meluahkan perasaan kepadanya.Lelaki itu suka memanggilnya dengan panggilan sayang.Panggilan itu mampu membuat mukanya berona merah.Adakah dengan panggilan manja sebegitu itu menunjukkan bahawa  lelaki itu menyayanginya? Quratul Ain bertanya kepada dirinya.
            ‘Mmmm ok lepas saya bayar baju ni,kita pergi makan’’.Aryyan menunjukkan baju I Love Kelantan itu kepada Quratul Ain lalu berlalu pergi untuk membayar baju tersebut.Dia juga membeli shawl yang bertulis PRAY FOR GAZA untuk Quratul Ain tanpa diketahui oleh gadis tersebut.
            Qizzandra Nasuha dan Syifa sepakat mengambil keputusan untuk menginap di  Perdana Resort yang terletak berdekatan dengan Pantai Cahaya Bulan (PCB) setelah menginap beberapa malam di salah sebuah hotel di Kota Bharu kerana menurut kawan Syifa yang pernah menginap di situ mereka boleh melihat pemandangan matahari terbenam dengan jelas.Sudah tentu mereka tidak ingin melepaskan peluang itu.Selain boleh melihat pemandangan yang indah ,resort itu juga berdekatan dengan Pantai Cahaya Bulan.Lokasinya itu memudahkan mereka untuk pergi ke pantai tersebut.Syifa begitu kepingin untuk pergi ke Pantai Cahaya Bulan kerana menurut teman sekerjanya yang pernah pergi ke situ Pantai PCB tersangatlah  cantik! Betul ke? No comment.
            Ternyata Pantai PCB memang tersangatlah cantik.Bukan indah khabar daripada rupa tau!.Pantai Cahaya Bulan atau dahulunya dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi terletak kira-kira 10 km daripada Kota Bharu dan di sepanjang jalan daripada Kota Bharu ke Pantai PCB ni terdapat gerai-gerai yang menjual  jagung rebus.Kata orang Kelantan kalau hendak ke pantai mesti beli jagung rebus baru terasa kepuasan ke pantai! Betul ke? Entahlah!.Tapi kami ikut juga apa kata peniaga tu beli jagung rebus hahahaha dan apa yang uniknya tentang pantai PCB ni pesisir pantainya sangat panjang.Memang sesuai sangatlah untuk aktiviti menguruskan badan apa tidaknya apabila kita berjalan di pesisir Pantai PCB yang panjang tu bukanya kita dah membakar kalori dalam badan ke? Betul ke teori ni? Memandai je kau ni Zandra.
            ‘Wei kita pergi makan,aku dah lapar ni’’Aku memegang perutku yang dah bernyanyi irama Malaysia padahal tadi semasa berjalan di pesisir pantai aku makan jagung rebus,kenapalah cepat lapar ni?
            ‘Ok kita pergi makan akupun dah lapar ni’’ Syifa membalas kata-kataku.
            Tanpa melengah-lengahkan lagi masa aku ngan Syifapun mencari gerai makan yang sesuai yang kedudukannya sangat strategik di mana kami boleh melihat kawasan pantai sambil makan.Barulah terasa kick makan! Betul tak? Dan kami memilih gerai yang paling hujung yang sangat berdekatan dengan pantai kerana harga makanannya lebih murah dan sedap.Maklumlah nak jimat bajet hahahaha.
            Bila dah habis makan aku ngan si Syifa  ni pun nak berhasrat balik ke resort yalah penat kan!Tengah-tengah best berjalan tiba-tiba si Syifa berhenti.Macam  traffic light tengah merah tu! Cuma bezanya kami ni jalan kaki bukan naik kereta.Aku apa lagi terikut berhenti juga lah.
            ‘‘Apasal?’’ Aku pandang muka Syifa.
            ‘Tu..tu tengok tu..’’Syifa menunjuk ke satu arah.
            Akupun pandanglah kat tempat yang si Syifa tunjuk tu.Mak ai itu bukan mamat handsome + macho ke? Tapi siapa pula perempuan kat sebelah dia tu? Isteri? .Pakai tudung labuh pulak tu! Kalah aku apa taknya aku memang pakai tudung tapi taklah labuh.Mmmm kempunanlah aku nak bersuamikan dia kalau macam ni.Macamlah mamat handsome+macho nak kat kau Zandra.
            “Itu lelaki kat airport tu kan?dah ada isteri rupanya.Aku ingat taste dia yang perempuan yang pakai seksi-seksi, yang ala –ala model ke macam tu.Tak sangkakan orang yang punyalah handsome taste dia pakai tudung labuh.Ui baru aku tahu fakta ni.Tapi baguslah daripada dia kahwin dengan perempuan tak cukup kainkan”Syifa berkata kepada aku.Tapi macam mana si Syifa ni kuat ingatan eh sampai ingat pasal mamat kat airport tu?selalunya tak.
            “ Wei ,janganlah cakap itu isteri dia.Frust aku tau tak.Baru je hati aku ni nak tersangkut paut kat mamat tu.Tapikan macam mana kau boleh ingat pasal mamat tu eh?sedangkan akupun dah hampir lupa pasal dia? Jangan cakap kau minat kat dia juga.Aku tak boleh terima.”Aku berkata sambil jari telunjuk aku bergerak ke kiri dan ke kanan  menunjukkan isyarat “no”,"no","no".Alah macam Jehan muse selalu buat dalam diari AF tu.
            “Uiks.kau ni tak ada maknanya aku nak minat  dia. Dah ada isteri tu kot! Entah akupun tak tau macam mana aku boleh ingat kat dia”
            “Jangan cakap itu isteri dialah tak suka aku nak dengar.Bukan tu kawan je kot!kau tengok tu kalau itu isteri dia mesti dia pegang tangan perempuan tu betul tak?”
            “Qizz …Qizz  malas aku nak layan kau ni.Terima la reality Qizzandra bahawasanya lelaki handsome kat airport tu dah kahwin!”Dan Syifa meninggalkan Qizzandra yang masih sibuk mengskodeng mamat handsome + macho tu!
            “Eiii mana pula perginya my prince charming tu? Mata Qizzandra melilau ke kiri dan kanan tapi matanya masih tidak dapat menjejaki figura lelaki itu.Oleh kerana dia sudah kehilangan jejak lelaki tersebut Zandra bercadang untuk balik ke Perdana Resort kerana pastinya Syifa sudah lama sampai ke bilik mereka.

# post sambungan citer
# perasaan macam ada je nak baca..
#hahahaaaa
#Raisya Marcella


No comments:

Post a Comment